Daisypath Vacation tickers daisypath

Sunday 16 May 2010

program WARIS


15 Mei 2010. Seramai 26 pelajar dari men 5F telah dipilih untuk menyertai Program WARIS. Program ini dirancang oleh Bahagian Akademik Cluster 1. Program ini adalah program motivasi yang dikendalikan oleh bahagian Kaunseling ABDB.

Forum Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

Pegawai dari Jabatan Penjara menunjukkan contoh rotan
untuk sebatan

Pada 5 Mei 2010,Forum Pencegahan Penyalahgunaan Dadah telah diadakan di Sm SMJA.Forum ini adalah program Khas yang dirancang oleh Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah.7 buah agensi telah terlibat dalam forum ini, iaitu Bahagian kaunseling dan Kerjaya Jabatan sekolah-sekolah, Jabatan Biro Kawalan Narkotik,JAPEM,Jabatan Polis Diraja Brunei, Pusat Dakwah dan Jabatan Penjara.Forum dipengerusikan oleh Kaunselor Sekolah, Cikgu Hjh Rosimah Bte Haji Ibrahim.

Krusus Asas PRS


Krusus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk cluster 1 telah diadakan di Maktab Sains pada 13 dan 14 April 2010. Krusus ini mengandungi konsep dan etika PRS, Latihan Dalam Kelompok, Team work, dan jati diri dan ciri-ciri kepimpinan.

PRS 2010





Tarikh 1 Mac dipilih sebagai tarih Pelantikan dan penyampaian lencana serta Buku Log Pembimbing Rakan Sebaya. Puan Pengetua, Hjh Sipiah Bte Haji Sawal telah berkenaan menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyampaikan lencana dan buku log PRS dan seterusnya bergambar ramai.Pada tahun ini seramai 22 orang dari Tahun 7 dilantik khas untuk Program Khas PRS. Ahli PRS Khas ini akan kekal sebagai Ahli PRS sehinggalah mereka ke Tahun 11.