Daisypath Vacation tickers daisypath

Monday 29 March 2010

Ahli PRS menyertai pameran ADANG TAH BESIGUP!!!

Bahagian Biro Anti Dadah PRS, telah menyertai pameran pogram Adang Tah Besigup!!!.Program ini adalah anjuran kaunselor-kaunselor kluster 1 pada 13 - 15 march 2010 bertempat di Maktab SOAS

Ahli PRS mengetam padi

Mengetam padi di kampong lamunin pada 7 march 2010.Aktiviti ini anjuran kaunselor-kaunselor kluster 1. Ahli-ahli PRS dari SM MJA, SM MENGLAIT, STPRI DAN MAKTAB SOAS menyertai aktiviti ini.

Menerokai Gua Niah














Kenangan Terindah 20 march 2010

Impian menjadi kenyataan. PRS mengadakan lawatan ke Gua Niah yang terletak di Bintulu Sarawak. seramai 43 peserta menyertainya, 33 penuntut,9 orang guru-guru, seorang penjaga pelajar dan diawasi oleh 2 orang pemandu pelancong dari Darussalah Holding.




Saturday 27 March 2010

TUMPUAN PERKHIDMATAN

  1. PERKHIDMATAN KAUNSELING
  2. PERKHIDMATAN KERJAYA
  3. PERKHIDMATAN AKADEMIK
  4. PERKHIDMATAN PERSONALITI
  • PERKHIDMATAN KAUNSELING
Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan bimbingan & kaunseling kelompok
  • PERKHIDMATAN KERJAYA
Pilihan kerjaya, invonteri kerjaya yang menselaraskan minat dan personaliti setiap individu. syarat-syarat kemasukan tingkatan enam, cara mendapatkan dermasiswa,pemilihan subjects yang bersesuaian dengan kerjaya dan lain-lain yang berkaitan dengan kerjaya.

  • PERKHIDMATAN AKADEMIK
Menjalankan program yang melibatkan peningkatan akademik pelajar seperti bengkel atau ceramah kemahiran dan strategi belajar.

Memberikan kesedaran akan pentingnya ilmu pengetahuan serta celik akal, kemahiran berfikir dan kemahiran mengurus masa.

  • PERKHIDMATAN PERSONALITI
1. pencegah penggunaan dadah
2. program Pembimbing Rakan Sebaya

AWDA BOLEH...

  • Berjumpa dengan kaunselor sekolah pada bila-bila masa sahaja.
  • Membuat rujukan dalam hal-hal tertentu.
  • Mendapatkan bimbingan bidang tertentu.
  • Mengambil inventori-inventori.
  • Mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti.
  • Belajar berkumpulan selepas waktu sekolah.
  • berbincang dan berbual bicara dengan kaunselor sekolah.
dan....banyak lagi...(^.^).....

Tiada ada yang paling sukar dan tiada apa yang paling berharga selain daripada
keupayaan membuat keputusan (Napoleon Bonaparte)

WAKTU-WAKTU PERKHIDMATAN

Perkhidmatan ini ditujukan secara khusus kepada semua pelajar dan secara amnya kepada semua ahli masyarakat SM SMJA

Waktu Perkhidmatan:
  • Hari : Setiap Hari Waktu/Hari Persekolahan.
  • Waktu : 8.00 pagi - 12.00tengahhari dan 1.45ptg -4.15ptg

TAHUKAH AWDA?



Kaunseling bukan sahaja untuk mereka yang BERMASALAH tetapi kaunseling adalah untuk semua.Oleh itu jumpalah kaunselor sekolah cikgu Hjh Rosimah Bte Haji Ibrahim @ Cikgu cma untuk kesejeteran bersama.

"Pencegahan Lebih Baik Daripada Penyembuhan"
(Nabi Muhammad SAW)

KAUNSELING UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA


Unit ini berperanan membantu ke arah perkembangan dan pertumbuhan pelajar dan individu.Unit ini sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing para pelajar dan individu dalam mengatasi cabaran hidup yang sentiasa wujud di sekolah ataupun kehidupan seharian. melalui proses kaunseling, adalah diharapkan agar klien dan mereka yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling memperolehi "celik akal" (insight) dalam menangani isu-isu bekaitan diri dan juga mencapai objektif-objektif berikut dengan berkesan:-
  • lebih memahami diri sendiri.
  • meluaskan kesedaran mengenai potensi diri.
  • lebih berkakinan dalam berfikir


CIKGU HJH ROSIMAH BTE HAJI IBRHIM
KAUNSELOR SEKOLAH

BA PRIMARY EDUCATON
POST GRADUATE DIPLOMA IN COUNSELING

Sunday 21 March 2010

welcome.....

selamat melayari ruang santai dan relaks..