Daisypath Vacation tickers daisypath

Monday, 19 April 2010

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAH PENGGUNAAN DADAH


Pada 12 April diadakan program pendidikan pencegah penggunaan dadah. Program ini adalah rancangan kaunselor-kaunselor kluster 1 dengan kerjasama BKN ( Biro Kawalan Nakotik). Pelajar-pelajar yang dijemput untuk menyertai program ini adalah pelajar-pelajar Yr 9J,Yr 9H dan menengah 4H yang berjumlah 80 orang. Antara isi kandungan program adalah penerangan dari pegawai Biro Kawalan Nakotik mengenai jenis-jenis dadah dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang memakan, membawa, menjual dan mengedar dadah.Di samping itu pelajar juga diajarkan cara mengelak dari dipergunakan oleh sindiket penyeludupan dadah. Pelajar juga diberi peluang bersoal jawab dengan para pegawai ketika ceramah dijalankan.Diakhir program sesi penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai BKN yang disampaikan oleh DK Hjh Rosnani Bte Pg Hj Abd Rahman, Timbalan Pengetua Akademik.Program ini dijalankan di bilik darjah Yr 9J.

Friday, 2 April 2010

TERPILIH MENJADI JURUACARA MAJLIS..


Dua orang penuntut SM SMJA, iaitu Saufi Akmaluddin Bin Sabli pelajar Men 5C dan Dk Nur Syazwani Bte Pg Jeferry pelajar Men 4C telah terpilih untuk menjadi juruacara majlis pertandingan akhir pertandingan multimedia penyalahgunaan dadah anjuran Bahagian Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan,yang diadakan pada 1 April 2010. Majlis tersebut diadakan di SM PSP Hajah Masnah.Pemenang pertandingan adalah SM PIHM, serasa, tempat kedua SM PAP Hajah Masnah dan ketiga adalah SM Syadina Abu Bakar. Gambar di atas dirakam ketika sesi latihan, bersama Pg Omar pegawai di bahagian Bimbingan dan Kaunseling, kementerian Pendidikan